Amy Zana Kylo

MUET, Homesick dan Penyakit Malas

Muet Speaking Test sudah melabuhkan tirainya pada 16/2 yang lepas. Dan aku, sebagai manusia yang mudah rasa tertekan, berasa sangat gembira yang speaking test tersebut dah tamat. Tak payahlah pening-pening lagi practice bagai nak rak sampai tak tidur malam. (exaggeration).

Bila rasa tertekan duduk kolej, memang aku teringin nak balik je. Biasanya penyakit ni lah yang orang katakan homesick. Tapi yang peliknya, sedangkan orang lain semua homesick apa bagai, aku lebih kepada room sick sebenarnya.

Ya. Istilah yang memang tak pernah orang dengar.

Takdelah. Orang lain semua bila dah lama tak balik rumah atau tertekan assignment banyak atau sarat sangat dengan konfik kehidupan hidup sebagai perantau, mulalah rindu-rindu rumah. Tapi aku, aku sebenarnya rindu bilik tidur aku dekat rumah je lewls. Ya. Bilik tidur memang sebahagian daripada rumah tapi bukan sepenuhnya rumah.



Lagi satu bila orang kata homesick nih biasanya termasuk sekalilah rindu nak jumpa family. Aku rindu kakak aku kadang-kadang tapi dia suka tak nak layan aku dekat WhatsApp. #menangissendu

Berbalik kepada room sick tadi. Aku rasa aku lebih kepada room sick sebab dulu aku paling banyak membazirkan masa aku dalam bilik.



Tengok movie dalam bilik. Makan dalam bilik. Main laptop dalam bilik. Baca dalam bilik. Menari dalam bilik. So bila aku tertekan duduk dekat matrik, aku bayangkan bilik aku. Bilik memang tempat aku lepaskan stress dan tempat yang paling aku selesa sekali dalam dunia nih. Tak ada apa yang dapat menandingi keselesaan bila ada dalam bilik sendiri. Walaupun hotel lima bintang biliknya lebih eksklusif, in the end bilik tidur akulah yang aku akan carik. Paling rindu sekali meja belajar, lampu meja, novel-novel dengan anak patung captain america dekat atas katil.

Cerita pasal meja belajar, tadi aku baru membuat proses mengemaskini meja belajar. Hehe sebab harituh balik London banyak gila barang Harry Potter aku borong bhai. Aku pikir nak susun-susun benda tuh atas meja. Dalam banyak-banyak barang, favourite aku sekali of course lah container kayu tulis Diagon Alley dengan Ollivanders.



Barang-barang dekat sana murah-murahlah aku rasa nak nangis. Dahlah banyak gila barang Harry Potter. Mak aku jumpa karpet "Welcome To Hogwarts".



Karpet Darth Vader pun ada. Karpet "Alohomora" pun ada. Nak beli tapi ayah aku tak kasi sebab takut beg berat. Sedihlah gak nak tinggalkan karpet tuh. Sampai sekarang imej karpet tuh melayang-layang dalam minda. Kadang-kadang aku tak fokus time kuliah. But then again.... aku memang tak fokus pun time kuliah kahkahkah!

Anyways, actually meja belum siap kemas pun. Baru halfway. Nanti lepas maghrib kot aku sambung. Tengoklah macam mana. Lagipun, mid sem break nih mulalah aku rasa nak malas-malas. Assignment dahlah berlambak tapi masih nak malas-malas lagi. Sebenarnya ada outdoor assignment aku kena buat tapi setiap kali aku keluar jalan, aku lupa terus. In the end aku end up shopping beli benda-benda tak penting (lol). Homework pulak berlambaklah jugak but I just don't have the mood lah. Aku harap esok ada mood. At least ada mood untuk study business sikit. Lepas cuti ada exam. Exam tuh lecturer kata gabung sekali dengan kuiz. Dahlah previous business kuiz aku flop gila. (London punya pasal kahkah!).

Ini belum lagi aku beli novel baru. Kalau aku beli novel baru... mesti lepas tuh rasa malas gila nak buat assignment. Aduyai.



p/s: Rasa nak tengok movie lah pulak. Dekat luar tengah hujan. Memang sesuai sangatlah nak golek-golek sambil menonton.

p/ss: Weyh rasa malas gila nih weyhhhh #nangis


Be Yourself and First Impression

They always say to "be yourself" or the fact that "first impression doesn't matter" and what not. But honestly, as time flies, I begin to question these statements myself.



How true are they really?



Most of the time, I find "be yourself" always have other subtle message. If one is being truthful, he or she would probably say it out loud. He would openly tell people to be themselves, but not quite themselves. "Be themselves" at the same time "follow the rules, don't do this, don't do that" but "be themselves".

It's a bit annoying really.



It's like B telling A to "be yourself and you'll be accepted in the community as people will see you as who you truly are" and when A finally has the courage to be herself, B criticizes her for whatever weird personality, habits etc that she has chosen to made public.

They should really deliver the motivational "be yourself" speech with a follow-up memo saying "only applicable to certain circumstances" honestly.

And I'm not ranting. It's true. And, as crazy as it sounds, I kinda agree with it. Bukan pada semua situasi kita boleh jadi diri sendiri sebenarnya. Kadang-kadang lagi bagus kalau kita sorokkan sesuatu personaliti kita kalau benda tuh hanya akan mengeruhkan keadaan. Ataupun lebih baik lagi, kalau benda tuh benda yang teruk, kita cuba ubah kepada yang lebih baik.

As usual, (I would always come up with examples), sorang mamat nih dia penagih dadah. Adakah patut dia teruskan perbuatan dia yang suka hisap ganja itu dengan harapan masyarakat akan terima dia seadanya? Secara logiknya mestilah tak kan? Dia kena berubah ke arah yang lebih baik.

Ataupun kalau sorang nih dia jenis yang suka mencederakan diri sendiri. Dia pun kenalah berubah ke arah yang lebih baik. Cumanya, kalau dia lebih terus terang dengan perbuatan dia tuh, barangkali orang-orang terdekat akan cuba membantu dia supaya dia berhenti perbuatan self-harm.

Lagi satu, for instance, katakanlah kita ada bad table manners. Makan gelojoh, comot, sepah-sepah. Dekat formal event, takkanlah kita nak bawak "manners" tuh ikut sekali. Confirm kena cover-cover sikit time makan.



Kalau tengok dalam movie or drama, kadang-kadang dalam ramai-ramai yang tengok sorang perempuan tuh makan gelojoh, mesti ada sorang yang macam terpesona sebab macam "wah... she's so different... berani betul dia.." dengan muka yang kagum sambil tahan gelak. Dan akhirnya dua insan ini akan jatuh cinta dan live happily ever after.

In reality, (and trust me when I say this), you never want to test this theory. Aku rasa memang akan ada orang yang kagum, but orang-orang yang tak berapa kagum tuh? The consequences may be severe .___.

Ada orang kata "be yourself" nih dah tak relevan. Aku tak ingat aku jumpa dekat mana. Twitter ke Tumblr entah. Pastu dia kata, "be yourself but at the same time be better".

Well, I guess that make sense.

Kalau situasinya macam nih, katakanlah orang-orang dekat, say, universiti yang person A nih pergi kebanyakannya jenis yang suka berfashion, make-up, tunjuk-tunjuk barang branded. Person A nih pulak jenis yang tak up-to-date pun pasal fashion dan pakaian pun biasa-biasa je. In this case, aku rasa tak salah nak jadi diri sendiri. Sebab, well, tak penting dan tak effect CGPA (lewls).

See? "Be yourself" nih sebenarnya tak applicable dekat semua benda. "First impression" pun sama. Orang kata first impression tak pentinglah bla bla bla tapi bila diri sendiri dilayan dengan teruk oleh orang yang baru pertama kali jumpa, mesti dalam hati rasa nak pijak orang tuh sampai mati.

And for other situation macam nak pergi interview kerja ke, takkanlah nak pakai pakaian rebeh-rebeh selekeh tak mandi tak gosok gigi dengan harapan panel juri berpegang teguh dengan prinsip "first impression itu tak penting"?



Dua-dua statement nih sebenarnya kena ikut situasi. *sigh* Apa pun tak boleh....

Anyways, demam novel aku dah semakin surut tapi masih ada sisa-sisanya. Malam semalam borong novel dekat MPH. Aku rasa bahagia gila. Novel ketiga daripada The Lunar Chronicles series hampir selesai. Maybe esok or malam nih dah boleh baca novel keempat.

Dalam kebosanan yang melanda diri, aku pun tumblr search lah macam-macam pasal The Lunar Chronicles series. Penulisnya kata watak utama cerita tuh sebenarnya orang asia. Heh. Tak bagitau awal-awal. Aku dah bayangkan perempuan tuh Emma Watson pfftt. Setting cerita tuh awal-awalnya dekat Beijing tapi katanya perempuan tuh datang dari Europe so aku bayangkanlah Emma Watson zaman dia 16 tahun. Kalau aku tahu, aku bayangkanlah retiss kpop ke, thailand ke.

Ah lantak. Sebab cerita nih ada unsur futuristic ala-ala Star Wars dan al-kononnya pada zaman tuh dah banyak percampuran budayalah apalah etc. So watak-watak yang aku bayangkan tuh pun dah campur-campur. Mat saleh ada, chinese ada, korea ada, thailand ada. Lol. Kisah apa. Paling penting aku bahagia.

p/s: Aku tak sangka Tombiruo tuh dah betul-betul jadi filem. Dulu aku fikir benda tuh khabar angin. Hero dia aku dah bayangkan Koo June .___. Habislah. Rosaklah imaginasi aku.


Design by | SweetElectric